LAPORAN portal Harian Metro hari ini.
LAPORAN portal Harian Metro hari ini.
JENAZAH Allahyarham Zaman Khan dibawa dari Masjid Bukit Aman untuk dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. FOTO Zulfadli Zulkifli.
JENAZAH Allahyarham Zaman Khan dibawa dari Masjid Bukit Aman untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. FOTO Zulfadli Zulkifli.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: "Jangan sekali-kali mungkir janji dengan amanah yang diberikan kepada kita," itu pesanan yang sering ditekankan oleh Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan kepada pasukannya.

Menceritakan pengalaman berkhidmat bersama Allahyarham, Datuk Meor Che Husin, 75 berkata, dia mula berkhidmat bersama Allahyarham pada tahun 1975 ketika di Unit Tindak Khas (UTK).

"Ketika itu saya berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan Allahyarham adalah Timbalan Komander UTK, pelbagai operasi yang saya sertai bersama Allahyarham antaranya adalah Bentong Kali, Penjara Puda dan Botak Chin.

"Allahyarham seorang yang sangat tegas dan berdisiplin, beliau juga tidak boleh menerima sebarang kegagalan dalam operasi yang dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

JENAZAH Allahyarham Zaman Khan dibawa dari Masjid Bukit Aman untuk dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. FOTO Zulfadli Zulkifli.
JENAZAH Allahyarham Zaman Khan dibawa dari Masjid Bukit Aman untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. FOTO Zulfadli Zulkifli.

Meor yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) berkata, Allahyarham juga selalu memberi semangat kepada anak buah ketika dalam operasi.

"Dia seorang yang berdedikasi dalam tugas, ketegasannya memang amat diperlukan di dalam PDRM, jika di dalam pasukan dia digelar 'Thunder God' kerana sikap tegasnya.

"Allahyarham sangat pakar dalam penjejakan penjenayah, segala perancangan jika terbabit operasi akan dirancang dengan teliti sehingga membuahkan hasil," katanya.

Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada 10.15 pagi, hari ini

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.

Sementara itu, bagi Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu A Aziz berkata, Allahyarham seorang tokoh kepolisan yang sangat dikaguminya.

"Banyak cerita semasa perkhidmatan yang dikongsi dengan saya sepanjang lebih tujuh tahun saya mengenalinya secara rapat. Andai bersua dengannya, pasti saya tidak melepaskan peluang untuk 'mengorek' cerita dalaman perkhidmatan di PDRM.

"Pernah saya tanya, bagaimana dia menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi, dia beritahu saya, ada orang kata dia umpama 'bomoh' yang tahu di mana penjenayah bersembunyi.

"Tetapi dia berkata analisis kepada fakta dan 'instinct' yang membolehkan beliau dapat menjejaki penjenayah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 5:56 PM