INDIVIDU yang dikesan pihak polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya. FOTO Ihsan PDRM
INDIVIDU yang dikesan pihak polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya. FOTO Ihsan PDRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS mengesan 38 individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Deputi Superintendan G K Shan Gopal di talian 019-2714387.

“Mereka juga boleh menghubungi Asisten Superintendan Siasatan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Asisten Superintendan S Neeraj Durai di talian 016-3565622,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi Inspektor Siasatan Databank DNA Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor Inspektor Norsiah Hussin di talian 012-7989973.

“Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai bagi membantu siasatan,” katanya.

Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 99 individu ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan terbabit.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 8:20 PM