TEKONG Rosli Abdul Rahman 52 (kanan) bersama tiga awak-awaknya terselamat apabila bot mereka karam dipukul ombak besar di perairan Kuala Terengganu. FOTO Aslina Abu Bakar
TEKONG Rosli Abdul Rahman 52 (kanan) bersama tiga awak-awaknya terselamat apabila bot mereka karam dipukul ombak besar di perairan Kuala Terengganu. FOTO Aslina Abu Bakar
Zatul Iffah Zolkiply


EMPAT nelayan terapung hampir 30 minit di perairan Kuala Terengganu apabila bot mereka terbalik dipukul ombak besar dalam kejadian ribut.

Kejadian dipercayai kira-kira lima batu nautika dari perairan Kuala Terengganu ketika mereka dalam pelayaran pulang selepas 10 hari di laut, pada 2.45 petang semalam, k

Lima nelayan termasuk tekong 25-52 tahun diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan yang kebetulan berada lokasi kejadian.

Tekong, Rosli Abd Rahman, 52, berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, angin kuat dan ombak besar tiba-tiba memukul bot dinaiki mereka.

“Ombak pertama menyebabkan bot kami senget sebelum sekali lagi dibadai ombak dan bot pun terbalik.

“Sebaik tercampak, kami segera berpaut pada pelampung yang ada sebelum diselamatkan nelayan lain.

“Ketika itu, hanya wajah ahli keluarga terbayang di fikiran dan kami tidak putus-putus berdoa agar diselamatkan,” katanya ketika ditemui di Jeti Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengkalan Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu Mazelan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 3 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 7:47 PM