DATUK Seri Siti Nurhaliza Taruddin (dua kiri) dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama Pereka Fesyen, Datuk Jovian Mandagie dan isterinya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri selepas menerima mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia-Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. FOTO Muhd Asyraf Sawal.

Amirul Haswendy Ashari.

“INI adalah rezeki saya dan bayi dalam kandungan. Rezeki yang datang dalam pelbagai cara berbeza,” kata penyanyi popular tanah air Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, hari ini.

Siti dalam kenyataannya menerusi Instagram berkata, dia menjunjung kasih terhadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di atas pengurniaan darjah kebesaran itu.

“Sebagai anak Pahang, ini satu penghormatan buat saya. Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya tetapi mewakili insan seni lain. Saya yakin setiap masyarakat mempunyai peranan dan sumbangan tersendiri,” katanya.

Beliau pertama kali menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk pada usia 21 tahun dan menganggap penganugerahan itu sebagai satu pencapaian bersejarah dalam kerjaya seninya.

Siti yang kini hamil empat bulan menerima anugerah itu daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan sempena Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Selain siti, turut dianugerahkan gelaran Datuk Seri ialah pelakon Eizlan Yusof dan Maria Menado.

Eizlan ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dengan penganugerahan ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya selama ini.

Pada majlis itu, Eizlan diiringi kakak sulungnya, Nora dan rakan, Fairul Azman.

Dalam pada itu, pelakon Adi Putra pula dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan pereka fesyen, Jovian Mandangie menerima Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 5:28 PM