Julian Yee beraksi pada rutin acaranya. FOTO AZIAH AZMEE
Julian Yee beraksi pada rutin acaranya. FOTO AZIAH AZMEE
Farah Azharie


MALAYSIA menamatkan saingan dalam acara figure skating lelaki dalam kedudukan podium apabila Julian Yee dan Chew Kai Xiang masing-masing meraih pingat emas dan gangsa dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Empire City, Damansara Perdana, hari ini.

Julian yang juga finalis Kejohanan Dunia sebanyak dua kali menewaskan atlit Olimpian dari Filipina Michael Christian Martinez selepas dia mengumpul keseluruhan 205.43 mata.

Martinez mencatat 171.63 mata manakala Kai Xiang, 145.52 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 6:53 PM