Pemain Leverkusen, Jonathan Tah (dua kanan) menjaringkan gol ketika pasukan itu menewaskan Augsburg dalam saingan Bundesliga pagi ini. FOTO EPA.
Pemain Leverkusen, Jonathan Tah (dua kanan) menjaringkan gol ketika pasukan itu menewaskan Augsburg dalam saingan Bundesliga pagi ini. FOTO EPA.
AFP

JURULATIH Bayer Leverkusen, Peter Bosz boleh memasang impian untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas skuadnya mencatat kemenangan 4-1 ke atas pasukan bergelut Bundesliga, Augsburg, awal pagi ini.

Bosz sebelum ini menyatakan betapa keinginan tinggi untuk menamatkan saingan liga dalam kelompok empat teratas.

Kemenangan itu meletakkan Leverkusen dengan dua mata daripada sasaran dan kelebihan beraksi satu perlawanan berbanding persaingan terdekat mereka.

Leverkusen berjaya menjaringkan dua gol yang tidak dibenarkan oleh VAR, namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk mengatasi lawan Augsburg seterusnya menyaksikan kemenangan ketiga berturut-turut sehingga menduduki tempat keenam liga.

Tandukan Kevin Danso memastikan Augsburg di depan selepas 12 minit perlawanan berlangsung. Leverkusen pantas menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan Kevin Volland yang merembat masuk ke penjuru jaring gol.

Jaringan Lucas Alario tidak dibenarkan oleh VAR, namun jaringan cantik Kai Havertz memastikan pelawat mendahului beberapa minit selepas waktu rehat bersambung.

Jaringan pelawat sekali lagi dinafikan pada babak kedua perlawanan, sebelum Jonathan Tah menyempurnakan sepakan percuma untuk menjadikan 3-1.

Julian Brandt menambah jaringan keempat beberapa minit sebelum tamat permainan untuk memastikan kemenangan bergaya pasukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 7:59 AM