ANJA (kiri) cemerlang ketika Sukan SEA.
ANJA (kiri) cemerlang ketika Sukan SEA.
Farah Azharie


Kuala Lumpur: Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) tidak menganggap mustahil walaupun bukan mudah untuk atlet negara layak beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 Pyeongchang.

Presiden ISAM Fadzil Johan berkata, misi untuk layak itu mungkin boleh menjadi realiti berdasarkan kepada kejayaan membanggakan sukan itu melalui penampilan sulung mereka di Sukan SEA bulan lalu menerusi atlet tiga disiplin (ais hoki, short track speed skating dan figure skating).

ISAM yang pada mulanya hanya mensasarkan tiga emas begitu gembira apabila atlet mereka meraih lima emas dengan tiga daripadanya disumbangkan peluncur laju wanita Anja Chong.

“Ya, saya begitu terkejut,” kata Fadzil mengenai kejayaan luar biasa itu sambil menamakan figure skater Julian Yee, Anja dan dua peluncur laju lelaki De-Vin Wong serta Mohamad Ariff Rasydan sebagai prospek Malaysia untuk Olimpik Musim Sejuk itu.

“Kami mempunyai Julian yang akan beraksi di Jerman untuk pusingan kelayakan terakhir (Trofi Nebelhorn pada 27 September). Selain itu, tiga peluncur laju akan menyertai kelayakan untuk Piala Dunia.

“Mereka akan bertanding berterusan dari Budapest, Shanghai dan Seoul. Mereka perlu dapatkan mata untuk berada dalam kelompok 40 terbaik untuk melayakkan diri ke Pyeongchang.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 9:51 AM