JULIAN bersama keluarga sempat meraikan pra Tahun Baru Cina sebelum Olimpik Musim Sejuk. FOTO/JULIAN YEE
JULIAN bersama keluarga sempat meraikan pra Tahun Baru Cina sebelum Olimpik Musim Sejuk. FOTO/JULIAN YEE
Jumiati Rosly


BAKAL beraksi pada pagi Tahun Baru Cina esok, semangat Julian Yee berkobar-kobar untuk mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang biarpun tidak dapat meraikan perayaan itu.

Dalam aksi sulungnya, Julian, 21, akan menyertai pusingan saringan - short program dan diiringi lagu ‘To Build A Home’ yang dimainkan kumpulan The Cinematic Orchestra.

Atlet pertama negara yang layak ke temasya itu akan bersaing dengan 29 peluncur negara lain bagi merebut 26 tempat di pusingan akhir - free skating yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

“Sebelum ke Pyeongchang, saya sempat meraikan pra Tahun Baru Cina bersama keluarga di tanah air.

“Bagaimanapun, saya akan meraikan makan malam Tahun Baru Cina di gelanggang ais bagi sesi latihan rasmi,” katanya.

Julian juga tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua yang meraikannya esok.

“Selamat Tahun Baru Cina buat semua dan jangan lupa saksikan persembahan saya esok dan doakan kejayaan saya,” katanya.

JADUAL ATLET NEGARA:

- JULIAN YEE

16 Februari 2018 (Jumaat) - Figure Skating (short program - pusingan awal): 9 pagi - 1 tengahari

17 Februari 2018 (Sabtu) - Figure Skating (free skating): 9 pagi - 1.25 tengahari

Jeffrey Webb

18 Februari 2018 (Ahad) Alpine Skiing (Giant Slalom): 9.15 pg - 11.10 pagi & 12.45 tengahari-2.45 ptg

22 Februari 2018 (Isnin) - Alpine Skiing (Slalom): 9.15 pg - 11.10 pg & 12.45 tengahari - 2.40 ptg

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2018 @ 4:04 PM