AZROY (kiri) dan Azray bergambar bersama selepas memenangi pingat emas didalam acara Silat Seni Ganda Sukan Sea Combodia 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Phen. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Phnom Penh: Pasangan kembar negara, Muhammmad Danial Azray dan Muhammmad Danial Azroy Noorazizan meraih pingat emas acara silat seni ganda lelaki di Sukan Sea Kemboja.

Gandingan negara itu mengumpul 9.945 mata untuk mengenepikan pasangan adik beradik dari Filipina, Al Faujan dan Al Mohaidib yang memperoleh 9.885 di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar E, sebentar tadi.

Malaysia meraih pingat emas silat seni ganda lelaki menerusi Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga pada Sukan Sea Vietnam 2021, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 6:43 PM