Chong Wei membalas pukulan Leverdez pada aksi di Glasgow. FOTO AFP
Chong Wei membalas pukulan Leverdez pada aksi di Glasgow. FOTO AFP
Ferzalfie Fauzi


IMPIAN Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran juara dunia buat kali pertama berkubur apabila tumpas di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, hari ini kepada pemain Perancis, Brice Leverdez.

Beliau diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan kalah dalam aksi tiga set 19-21, 24-22, 17-21 memakan masa selama satu jam 15 minit.

Ini kekalahan kedua bekas pemain nombor satu dunia itu kepada Leverdez selepas jaguh perseorangan negara itu tewas pada suku akhir pada Terbuka Denmark tahun lalu.

Kekalahan membuatkan peminat badminton dunia tidak dapat menyaksikan pertembungan epik beliau menentang musuh nombor satu dari China, Lin Dan pada final.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 9:30 PM