JAMES jadikan muzik sebagai medium bina keyakinan diri.
JAMES jadikan muzik sebagai medium bina keyakinan diri.
Georgie Joseph


Kehilangan James Arthur dari radar industri selepas menjuarai The X-Factor United Kingdom (UK) 2012 hampir membuatkan dirinya tersenarai dalam kategori bintang semusim.

Selepas sekadar hit menerusi lagu nyanyian semula berjudul Impossible (Shontelle), namanya kembali sepi selama beberapa tahun sehinggalah kembali disebut-sebut tahun ini.

Berkunjung ke Kuala Lumpur buat kali pertama baru-baru ini, penyanyi berusia 29 tahun itu rupa-rupanya ada penjelasan tersendiri mengenai kehilangannya itu.

Menurutnya, dia bersyukur diberikan peluang kedua kembali mengejar impiannya menjadi penyanyi dan pemuzik meskipun pernah tersungkur sebelum ini.

“Semua perhatian yang saya dapat sewaktu baru memenangi pertandingan itu tidak lama dulu terlalu baru untuk saya. Sukar untuk saya menerimanya menyebabkan segalanya tiba-tiba meninggalkan impak besar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 8:32 AM