Bintang tenis Serbia, Novak Djokovic (kanan) melayan peminatnya pada majlis di Belgrade. FOTO AFP
Bintang tenis Serbia, Novak Djokovic (kanan) melayan peminatnya pada majlis di Belgrade. FOTO AFP
Agensi

Belgrade: Novak Djokovic dilaporkan ingkar peraturan pencegahan Covid-19 ketika dia mengadakan majlis membabitkan ratusan peminat di Belgrade selepas mengatasi rekod Roger Federer.

Djokovic mengadakan majlis di kaki lima ketika dia mencatat rekod pemain tenis lelaki paling lama memegang gelaran pemain nombor satu.

Bintang Serbia berusia 33 tahun itu berada di kedudukan teratas ranking perseorangan lelaki ATP dengan gabungan 311 minggu pada lima peringkat berbeza, mengatasi pemegang rekod lalu, Federer.

Untuk meraikannya, ratusan peminat memenuhi ruang jalan raya di ibu kota Serbia untuk menyatakan sokongan sambil melaungkan 'Nole, Nole' - iaitu nama gelaran Djokovic.

Tanpa melakukan penjarakan sosial yang membabitkan kehadiran ramai orang sekalipun masih dilanda pandemik Covid-19.

Ketika memberi ucapan kepada mereka yang hadir, bintang tenis itu berkata: "Hari ini adalah hari yang istimewa buat diri saya, keluarga dan begitu juga Serbia.

"Terima kasih dengan kejayaan yang bukan sahaja kepada saya malah juga seluruh negara ini."

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 3:09 PM