NOVAK Djokovic akan membuat penampilan ketiga musim ini di Belgrade. -FOTO AFP
NOVAK Djokovic akan membuat penampilan ketiga musim ini di Belgrade. -FOTO AFP
AFP

Belgrade: Novak Djokovic menegaskan bahawa dia menyasarkan dan 'akan bersedia dalam apa saya situasi' untuk menghadapi Terbuka Perancis dan kini akan membuat penampilan ketiganya musim ini di Belgrade minggu ini.

Pemain nombor satu dunia itu dihantar pulang dari Australia dan tidak dibenarkan menyertai Terbuka Australia Januari lalu kerana status vaksin Covid-19 selain turut terlepas aksi di Indian Wells dan Terbuka Miami di Amerika Syarikat.

Tanpa kehadiran bintang Serbia itu, Rafael Nadal mencatatkan rekod gelaran Grand Slam ke-21 di Melbourne mengatasi Djokovic dan Roger Federer.

Djokovic kini berharap dapat menyamai rekod pencabar utamanya itu di Terbuka Perancis yang akan bermula pada 22 Mei ini.

"Roland Garros adalah kejohanan tanah liat dan saya sudahpun bersedia dari segi persiapan dan segala yang saya lakukan masa ini adalah untuk persediaan beraksi di sana," kata Djokovic.

Selain itu pemain berusia 34 tahun itu berkata, dia turut merancang untuk beraksi di Masters Madrid dan Terbuka Itali selain Roland Garros.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2022 @ 8:02 AM