Djokovic memberi tunjuk ajar cara memukul raket tenis. FOTO Agensi
Djokovic memberi tunjuk ajar cara memukul raket tenis. FOTO Agensi
Agensi

Belgrade: Novak Djokovic dilihat memberi tips latihan tenis kepada kanak-kanak ketika dia membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di Belgrade minggu ini sekalipun undang-undang ketat berkaitan penjarakan sosial dilaksanakan di Serbia.

Pemain nombor satu dunia itu kembali ke kampung halamannya selepas tampil dalam final Terbuka Perancis minggu lalu dan dirakam dengan video sedang memberi tips latihan tenis kepada kanak-kanak bagaimana membuat pukulan menggunakan raket tenis.

Sambil memegang tali ikatan anjingnya, Djokovic memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak sementara sekumpulan kanak-kanak lain mengelilingi berhampiran sensasi tenis berusia 33 tahun itu yang dilihat memberi tunjuk ajar.

Ketika ramai yang memuji usaha Djokovic itu tidak kurang juga ada di antaranya mempersoalkan tindakan bintang tenis negara itu.

Sehingga ada di kalangan mereka yang menyarankan supaya pemain itu mematuhi arahan bagi penularan Covid-19 yang turut dilaksanakan di Serbia.

Semua orang di Serbia harus mengekalkan jarak fizikal 1.5 meter selain di nasihatkan memakai pelitup muka bagi mengelak daripada penularan pandemik itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 3:19 PM