Pemain Malaysia, Siti Nor Farhana Mustafa (kanan) menahan bola bola daripada dicabar pemain Brunei. FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD
Pemain Malaysia, Siti Nor Farhana Mustafa (kanan) menahan bola bola daripada dicabar pemain Brunei. FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD
Aida Adilah Mat


PASUKAN bola jaring negara terus melakar kemenangan kedua dalam aksi kelayakan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) apabila membenam Brunei 64-27.

Pertandingan yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara itu menyaksikan Malaysia mudah menguasai suku pertama apabila mendahului dengan jaringan 18 berbalas 9.

Rentak permainan skuad negara bimbingan Tracey Robinson terus konsisten pada suku kedua apabila melebarkan penguasaan untuk mendahului perlawanan 13 mata.

Memasuki babak ketiga, ketinggian yang dimiliki barisan pertahanan iaitu Siti Fatimah Mustafa yang beraksi di posisi GK (gol keeper) dan Noramirah Dayan Noor Azhar GD (gol defend) nyata memberi kelebihan untuk mengawal kubu negara dan menguasai perlawanan 47-21.

Tugas getir menanti skuad negara apabila turun perlawanan ketiga peringkat kelayakan menentang musuh tradisi Singapura pada jam 5.15 petang esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 7:13 PM