BARISAN panel berkongsi berkenaan sokongan pemakanan untuk kanak-kanak yang dilahirkan secara pembedahan C-section.
BARISAN panel berkongsi berkenaan sokongan pemakanan untuk kanak-kanak yang dilahirkan secara pembedahan C-section.
DR Ong
DR Ong
DR Shilpa
DR Shilpa
PROFESOR Jan Knol
PROFESOR Jan Knol
Muhamaad Razis Ismail


KAJIAN dijalankan mendapati kadar pembedahan C-section di negara ini meningkat, sekali gus mencerminkan trend global.

Pada tahun 2015, kadar pembedahan C-section di Malaysia adalah 24.8 peratus.

Biarpun C-section boleh menjadi prosedur penting dan menyelamatkan nyawa, kajian menunjukkan prosedur ini berkemungkinan menyumbang kepada mikrobiota usus kurang seimbang terhadap kanak-kanak, walaupun yang berumur lebih setahun.

Ketidakseimbangan dalam bakteria usus ini yang dikenali sebagai disbiosis usus, berpotensi memberi impak kepada imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Shilpa Nambiar menekankan kepentingan usaha menangani keperluan pemakanan kanak-kanak C-section.

Katanya, C-section mungkin diperlukan untuk memastikan keselamatan ibu dan anak.

"Namun memahami potensi impaknya terhadap perkembangan mikrobiota kanak-kanak dan peranan penting pemakanan, adalah perlu untuk merapatkan jurang sedia ada.

"Ini juga membantu memperkasa ibu bapa dan penjaga dalam memenuhi keperluan pemakanan khusus untuk anak mereka," katanya dalam Majlis Pelancaran Aptamil KID C-SynB baru-baru ini.

Sehubungan itu, Pakar Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Dr Ong Sik Yong berkata, bagi kanak-kanak dilahirkan melalui pembedahan C-section yang berusia setahun ke atas dan mempunyai mikrobiota yang kurang seimbang, adalah penting untuk diberi suplemen mikrob berfaedah ini untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka.

"Pelbagai diet merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein kunci kepada penyediaan nutrien penting dan penggalakan sistem pertahanan badan yang mantap.

"Selain itu, prebiotik dan probiotik penting dalam perkembangan awal mikrobiom usus kanak-kanak, yang membentuk asas kepada sistem imun dan kesihatan keseluruhan mereka," katanya.

Bagi Pengarah Kanan Biologi & Mikrobiologi Usus, Profesor Jan Knol, pelbagai kajian menunjukkan bahawa sinbiotik iaitu gabungan prebiotik dan probiotik, boleh membantu meminimumkan impak kesihatan.

"Dengan meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan persekitaran usus yang baik bagi kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section.

"Hal ini mewujudkan persekitaran usus yang baik bagi pertahanan terhadap patogen dan menyokong sistem pertahanan badan melalui modulasi positif mikrobiota usus," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2024 @ 6:20 AM