Pemain Malaysia, Noramirah Dayana  Noor Azhar cuba menghalang pemain Singapura,  Charmaine Soh (kiri)  dalam perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.- Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
Pemain Malaysia, Noramirah Dayana Noor Azhar cuba menghalang pemain Singapura, Charmaine Soh (kiri) dalam perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.- Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
Aida Adilah Mat


MISI skuad bola jaring negara merampas kembali emas dua tahun lalu, semakin cerah apabila menewaskan musuh tradisi Singapura 50 berbalas 37 pada aksi ketiga peringkat kelayakan di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.

Skuad negara yang mempraktikkan corak permainan agresif, mendahului lawan sejak suku pertama yang berlangsung sengit dengan jaringan 14-11.

Langkah skuad bimbingan Tracey Robinson terus konsisten untuk menjarakkan kedudukan apabila An Najwa Azizan yang mengalas tugas sebagai GS (gol shooter) beraksi cemerlang meletakkan skuad negara di kedudukan selesa 27 berbalas 18.

Malaysia terus menjarakkan kedudukan pada suku ketiga apabila mendahului lawan dengan kelebihan 11 mata seterusnya menyaksikan usaha Singapura menyamakan kedudukan menemui kegagalan.

Seakan sudah mengakui kalah, rentak Singapura terus merudum pada babak terakhir dan menyaksikan Malaysia meraih kemenangan mutlak.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat kelayakan.

Malaysia akan melengkapkan perlawanan peringkat kelayakan menentang Filipina, 3 petang esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 6:42 PM