Pemain Malaysia, An Najwa Azizan (kiri) menangkap bola pada aksi menentang Thailand di Bukit Kiara. FOTO HM/OSMAN ADNAN
Pemain Malaysia, An Najwa Azizan (kiri) menangkap bola pada aksi menentang Thailand di Bukit Kiara. FOTO HM/OSMAN ADNAN
Aida Adilah Mat


PASUKAN bola jaring bimbingan Tracey Robinson memulakan usaha merampas emas dengan langkah kanan mengenepikan Thailand 73-30 pada saingan pertama di Stadium Juara, Bukit Jalil, hari ini.

Pasukan negara dikemudi kapten pasukan Nur Syafazliyana Mohd dilihat tidak berdepan masalah menundukkan lawan dengan menguasai setiap suku perlawanan itu.

Malaysia mendahului perlawanan pada suku pertama dengan keputusan 18-10 dan terus melebarkan penguasaan dengan kelebihan 20 mata pada suku kedua.

Memasuki babak ketiga gandingan An Najwa Azizan GS (gol shooter) dan Izyan Syazana Mohd Wazir (gol attack) semakin mantap apabila mengatasi lawan 52 berbalas 21 dan menamatkan perlawanan pertama dengan kemenangan mudah mengatasi Thailand 73 berbalas 30 mata.

Malaysia akan bertemu Brunei pada perlawanan kedua esok pada jam 5.15 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2017 @ 5:17 PM