Dungun: Nur Syafiq Ellanis R Ismail, 22, mengambil kesempatan memandikan kerbau peliharaan bapa saudaranya di kawasan banjir ketika tinjauan di Kampung Minda di sini.
Setiap kali tiba musim banjir mereka akan memandikan kira-kira 18 kerbau peliharaan mereka secara bergilir kerana ini secara tidak langsung dapat menjimatkan penggunaan air di rumah.
Selain itu aktiviti memandikan kerbau di kawasan banjir juga merupakan salah satu cara untuk meluangkan masa dan memanjakan haiwan kesayangan mereka itu.