Zatul Iffah Zolkiply


Dungun: Mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 451 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 433 mangsa malam tadi.

Penambahan itu susulan pembukaan sebuah lagi PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Minda di Dungun malam tadi.

Kesemua mangsa daripada 128 keluarga itu ditempatkan di empat PPS berbanding 123 keluarga di tiga PPS malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Dungun masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 408 mangsa.

Kesemua mangsa daripada 120 keluarga itu ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dewan Orang RamaiKampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda.

Di Dungun, 165 mangsa membabitkan 55 keluarga masih ditempatkan di PPSDewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Seramai 225 mangsa lagi ditempatkan kePPS Dewan Orang Kampung Shukor manakala 18 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Minda.

Sementara itu, 43 mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan di PPS di Surau Kampung Ban Ho di Kemaman.

Banjir gelombang ketiga yang melanda negeri ini sejak kelmarin menyaksikan empat buah kampung di Dungun dan Kemaman terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 10:57 AM
PENDUDUK melihat keadaan rumahnya di Kampung Pasir Raja yang dinaiki air. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
PENDUDUK melihat keadaan rumahnya di Kampung Pasir Raja yang dinaiki air. FOTO Zatul Iffah Zolkiply