BELLA Astillah.
BELLA Astillah.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur : Selepas nama pempengaruh Caprice dipetik bersubahat dengan Aliff Aziz dan Ruhainies oleh kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine, Bella Astillah menyifatkan Caprice seolah-olah menjerat lehernya sendiri.

Menerusi hantaran yang diulang siar semula daripada perkongsian Sarah di Instagram Story, Bella mendakwa Caprice mempunyai kaitan dalam kes penyebaran hubungan membabitkan dirinya dan pelakon, Muaz Zabir. 

"Sekarang Caprice dah takut sebab ada nama dia pun terbabit dalam perancangan buat akaun palsu dan muat naik segala aib dengan niat yang salah.

"Caprice berkongsi video isu yang sudah selesai semata-mata nak menutup yang dia juga terbabit. Ya Allah, nak tutup macam mana lagi ni Caprice," tulisnya.

Terdahulu, Sarah memuat naik perbualan WhatsApp antara Ruhainies dan Aliff yang bercerita mengenai individu dikenali dengan panggilan Z.

Sarah dalam perkongsiannya mendedahkan  Caprice adalah antara dalang yang menghebahkan hubungan Bella dan pelakon, Muaz Zabir kepada umum.

Dakwanya lagi, Caprice juga yang menasihati Aliff supaya tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu pada hari perbicaraan di mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 5:28 PM