SARAH Yasmine mendedahkan 'dalang' sebenar yang didakwa bersubahat menjatuhkan Bella Astillah adalah, Caprice.
SARAH Yasmine mendedahkan 'dalang' sebenar yang didakwa bersubahat menjatuhkan Bella Astillah adalah, Caprice.

Kuala Lumpur: Wanita yang didakwa kekasih kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendedahkan 'dalang' sebenar yang didakwa bersubahat menjatuhkan Bella Astillah adalah pempengaruh, Caprice.

Menurut Sarah, walaupun Caprice mengetahui hubungan cinta antara Aliff dan pelakon Ruhainies, namun dia masih tetap mempertahankan tindakan mereka selain mengatur komplot termasuk menyerangnya.

"Mat yang takut bini ini, mula 'post' pasal saya sebab bini dia dah marah. Dia kata semua kes-kes yang dia ambil kes yang ada bukti saja.

"Walaupun ada bukti yang Aliff dan Ruhainies betul-betul ada hubungan, tetap nak buat dan keluarkan video tentang Bella dan pelakon Muaz Zabir. Sekarang nak serang saya," katanya dalam Instagram Story.

Menurut Sarah, tangkap layar perbualan dalam WhatsApp serta foto mesra Bella dengan Muaz yang tular sebelum ini didakwa adalah suntingan Caprice.

Sarah juga mendakwa bapa kepada seorang cahaya mata itu turut menasihatkan Aliff agar tidak setuju untuk berpisah ketika sebutan kes perceraiannya pada 4 April lalu.

Pada masa sama, wanita asal Singapura itu turut menyindir Caprice apabila mengulang semula soal aib yang lebih dulu disentuh penyanyi terbabit.

"Sarah Singapore kening? Okey saja, daripada pencipta konten yang pergi Palestin bukan niat tolong orang, tapi nak buat video muzik untuk kandungan.

"Awak sepatutnya cakap dengan diri sendiri, berbanding bercakap pasal orang lain kalau nak sentuh isu aib," katanya.

Terdahulu, Sarah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara pelakon Ruhainies dan Aliff.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 11:55 AM