DATUK Freddie Fernandez
DATUK Freddie Fernandez
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengenai kematian artis tanah air.

Freddie berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu masih lagi berterusan sejak berdekad lalu dan harus dihentikan.

"Berita palsu mengenai kematian adalah sesuatu yang dikesalkan dan ia berlaku kepada beberapa artis tanah air. Ia adalah satu perkara yang harus dikutuk sekeras-kerasnya. Cukuplah.

"Saya merayu kepada semua pihak agar jangan melakukan perkara atau kerja-kerja sebegini. Benda begini tidak diperlukan oleh industri hiburan," katanya.

Menurut Freddie, kita seharusnya memberikan sokongan dan kata semangat kepada mereka yang diuji dengan ujian sakit.

"Orang yang diuji dengan kesakitan, masih berusaha untuk pulihkan kesihatan dan dapatkan rawatan. Jadi, hentikanlah menyebar berita palsu mengenai kematian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2024 @ 1:44 PM