Hafidz Roshdi dan isterinya, Athira Yuhada.
Hafidz Roshdi dan isterinya, Athira Yuhada.
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon Hafidz Roshdi meminta agar orang ramai tidak meletakkan hukum hanya kerana satu kesilapan dan segala kebaikan yang pernah lakukan terus dilupakan.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, turut memberikan peringatan buat orang ramai agar tidak terus menghakimi kesilapan orang lain.

"Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia.

"Jangan kerana satu kesilapan dia buat, semua kebaikan dia kita tak nampak," katanya.

Dalam pada itu, Hafidz turut menzahirkan rasa syukur apabila ramai mendoakan kesejahteraan perkahwinannya bersama Athira Yuhada baru-baru ini.

"Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.

"Semoga yang baik-baik untuk saya dan juga isteri saya serta yang mendoakan kami," katanya.

Hafidz sah bergelar suami kepada Athira di sebuah premis acara dekat Shah Alam, pada 16 Disember lalu.

Untuk rekod, Hafidz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016.

Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah. Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2023 @ 1:24 PM