Tangkap layar video Aaisyah di TikTok.
Tangkap layar video Aaisyah di TikTok.

Kuala Lumpur : Impian anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana untuk hadir ke majlis resepsi penyanyi, Nabila Razali dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani menjadi kenyataan selepas Rozita atau Che Ta akhirnya 'mengalah' dan membawanya bersama.

Dalam hantaran di TikTok, Rozita berkongsi video Aaisyah yang pada awalnya menangis kerana tidak dapat mengikut ibunya ke majlis itu.

"Tak sia-sia 'qeyau' (menangis). Adoi. Bawa jugalah pergi," tulis Che Ta dalam hantaran di TikTok.

Aaisyah tampil manis berbusana tradisi lengkap dengan solekan serta tatagaya rambut untuk hadir ke majlis itu.

Che Ta pada awalnya tidak dapat membawa Aaisyah bersama kerana jumlah tempat duduk yang terhad kepada setiap setiap tetamu yang hadir.

Hantaran Che Ta itu menerima pelbagai komen mencuit hati daripada netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2023 @ 2:14 PM