Fauziah Sarman
Fauziah Sarman
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman meluahkan rasa kecewa dan tidak akan memaafkan anak sulungnya itu kerana membuka aib keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah dalam nada memerli mengucapkan terima kasih kepada Shila kerana membuka ruang untuk netizen mengecam dirinya.

"Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji mak sendiri dalam siaran langsung. Allah tahu apa kebenarannya.

"Buat masa ni mak belum dapat maafkan dan mak tak redha dengan apa yang Shila buat. Stop menipu," katanya.

Dalam masa sama, Fauziah berkata Shila perlu menanggung dosanya sendiri di atas perbuatannya itu.

"Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosaku, hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepada-Mu kerana sesungguhnya aku milik-Mu. Nurshahila, kau tanggunglah dosa," katanya.

Terdahulu, Shila menerusi sesi siaran langsung di Instagram selama satu jam dikatakan sudah 'over limit' sehingga dia terpaksa mendedahkan masalah yang berlaku dalam keluarganya kepada umum.

Antara pendedahan yang dibuat adalah mengenai isu menjual rumah pusaka, sisi buruk dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada, sikap bapaknya yang suka mengongkong dan banyak lagi.

Bagaimanapun, Fauziah mengambil pendekatan memadam hantaran terbabit selang beberapa minit selepas dimuat naik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 5:28 PM