ROHANA Jalil. FOTO Arkib NSTP
ROHANA Jalil. FOTO Arkib NSTP
Serimah Mohd Sallehuddin

Kuala Lumpur: Penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, sejak Selasa lalu, sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).

Anak bongsunya, Kilafairy berkata, ibunya masih kritikal, namun keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.

"Mama masih kritikal tetapi sudah dipindahkan ke wad HDU dan di bawah pemantauan rapi doktor. Bagaimanapun, keadaan mama lebih baik sedikit berbanding sebelum ini," katanya.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, ibunya sudah mampu bernafas sendiri tanpa perlu menggunakan tiup oksigen.

"Iya, Mama tidak lagi bergantung kepada tiup pernafasan serta sudah boleh bercakap, cuma keadaannya lemah," katanya.

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke HCTM, Selasa lalu, namun, ketika itu belum dapat disahkan puncanya.

Rabu lalu, penyanyi lagu Rayuanku itu selamat menjalani pembedahan untuk merawat dan keadaannya dilaporkan positif selepas prosiding itu.

Terdahulu, juara Bintang RTM 1980-an itu sempat membuat persembahan bersama Jaafar Onn tetapi keadaannya dikatakan lemah.

Malah, ketika beraksi, Rohana dikatakan tidak mampu berdiri dan meminta kerusi untuk duduk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 12:49 PM