> Payat Hm:
> Payat Hm:
Norhayati Nordin


Subang Jaya: Suasana pilu menyelubungi perkarangan Masjid Al- Falah USJ 9, di sini, apabila jenazah penyanyi popular era 1980-an, Allahyarham Rohana Jalil tiba pada jam 10.40 pagi, hari ini.

Jenazah diiringi ahli keluarga dan anaknya juga pelakon Kilafairy. Dia turut memohon orang ramai yang hadir di masjid itu mendoakan Allahyarham ibunya.

"Terima kasih kerana datang. Mohon doakan arwah mama," katanya kepada pengamal media yang hadir.

Antara rakan artis yang turut mengiringi antaranya Azizul Khamis, Izara Aishah, Tia Adnan dan Azian Mazwan Safuan.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya selepas solat Zuhur, hari ini.

Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2023 @ 11:22 AM