Ahirine Ahiruddin
Ahirine Ahiruddin
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: "Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid."Macam mana pula, nama saya dikaitkan dengan Farid sedangkan saya kini dalam fasa bahagia dengan teman lelaki," kata pelakon Ahirine Ahiruddin, 26.

Ahirine berkata demikian ketika mengulas dakwaan netizen mengenai dirinya menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

Menurut Ahirine, hubungan akrabnya dengan Farid adalah sangat profesional dan atas dasar kerja semata-mata.

"Diana dan Farid tidak ada kata apa-apa pun mengenai perkara itu. Pandai-pandai je netizen ni.

"Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan dari buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya bila kali terakhir dia bertemu dengan Farid, kata Ahirine, dia sudah lama tidak berhubung dengan pelakon terbabit kerana sibuk dengan penggambaran.

"Sebenarnya, saya sudah lama tidak berbual dengan Farid kerana baru kembali dari penggambaran filem Tebus yang membabitkan tempoh lebih sebulan di Sarawak.

"Saya bergandingan dengan pelakon Aedy Ashraf dalam filem itu.

"Jika nak diikutkan, Farid memang selalu 'training' motor atau Muay Thai dengan team saya. Kadang-kadang Diana juga 'training' sekali dengan kami," katanya.

Terdahulu, nama Ahirine juga pelakon gandingan Farid untuk filem Rempit 2 itu dipetik menjadi punca keretakan rumah tangga Farid dan Diana oleh warganet kerana sering mempamerkan keakraban di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2023 @ 6:02 PM