Hawa Rizwana
Hawa Rizwana

Kuala Lumpur : Penampilan terkini pengacara jelita, Hawa Rizwana ketika menghadiri sebuah acara mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Hawa yang dikenali dengan imej muslimah dikatakan tidak sesuai mengenakan pakaian terlalu ketat, apatah lagi terkenal dengan imej berhijab selain berperwatakan lemah-lembut.

Menerusi perkongsian gambar itu di Instagram, Hawa dikecam gara-gara mengenakan seluar hitam kulit yang ketat dan dipadankan dengan baju-T gelap serta jaket.

"Tak manis untuk perempuan berhijab mengenakan pakaian seperti ini," tulis seorang pengikut.

"Kita minat kat akak, tapi kenapa pakai seluar begitu. Semoga kita sama-sama istiqamah," kongsi seorang netizen.

"Jangan tenggelam dengan arus populariti dan glamour. Kalau nak imej muslimah jagalah daripada semua aspek bukan sekadar bertudung," kata seorang pengikut.

Terdahulu, pengacara yang berusia 27 tahun itu pernah dikecam kerana mengenakan pakaian sukan terlalu ketat ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 11:28 AM