Ernie tampil dalam Sepahtu Reunion
Ernie tampil dalam Sepahtu Reunion
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Kemunculan penyanyi terkenal Ernie Zakri yang menyanyikan lagu Casablanca nyanyian asal Nuha Bahrin dan Naufal Azrin pada program Sepahtu Reunion Live 2022, semalam, mendapat pujian ramai. 

Apatah lagi Ernie, 30, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri mempersembahkan lagu secara bersahaja sambil mengelap meja. 

"Sebenarnya kalau tugasan itu (menyanyi), mereka beritahu saya pada hari kejadian. Saya sampai di studio baru mereka beritahu saya kena menyanyi dan tanya lagu apa. Saya pun cakap 'alamak lagu apa nak nyanyi'.  

"Saya tahu lagu Casablanca tengah 'in' sekarang, sejujurnya saya sangat sukakan lagu itu, memang tak berhenti bermain di kepala otak saya, sebab tu pilih lagu itu. Saya berasakan dengan masa yang singkat itu saya nak jugalah menyanyikan sesuatu yang orang ingat, insya-Allah," katanya kepada Harian Metro. 

Dalam masa sama, Ernie berterima kasih kepada peminat dan penonton setia program itu atas maklum balas positif diberikan. 

"Kemunculan saya pada program Sepahtu Reunion Live 2022, alhamdulillah. Saya banyak baca maklum balas yang baik mengenai kemunculan saya. Berkenaan lagu Casablanca itu, 'task' diberikan saya cuba galas sebaik mungkin, walaupun pada saat akhir saya cuba juga. 

"Bukan lagu tu saja, tapi setiap lagu yang saya dapat sebelum ini pun insya-Allah saya cuba sehabis mungkin. Apa pun, syukur alhamdulillah jika semua orang suka dan gembira dengan kemunculan saya semalam," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2022 @ 4:28 PM