ANTHONY Anderson.
ANTHONY Anderson.
Agensi

Los Angeles: Enggan kuburkan impian bergelar graduan, pelakon Anthony Anderson, 51, akhirnya menamatkan pengajian dan menggenggam ijazah dari Howard University.

Bintang siri Law & Order berkenaan terpaksa berhenti dari pengajian 30 tahun lalu disebabkan berdepan masalah kewangan.]

Bagaimanapun, dia nekad kembali menyambung pengajian dalam jurusan Seni Halus pada 2018. Menurutnya, saat graduasi itu terlalu bermakna besar.

"Tiada apa yang pernah terlambat. Memetik kata-kata Biggie, ini semua mimpi. Tiada kata dapat menggambarkan turun naik emosi saya ketika ini.

"30 tahun lamanya saya membina semua ini. Pada musim luruh ini akhirnya saya tamat pengajian dan bergraduasi," katanya.

Anderson turut berterima kasih kepada anaknya serta semua pihak yang mendorong dan membantunya sepanjang tempoh pengajian itu.

"Ia mengambil gabungan usaha yang ramai. Terima kasih anakku Nato memberi inspirasi untuk saya kembali belajar dan tamatkan ijazah sarjana muda saya selepas dia diterima masuk di Howard University," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2022 @ 2:57 PM