Louie Anderson
Louie Anderson
Agensi

Las Vegas: Pelakon komedi dan hos rancangan televisyen, Louie Anderson meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Las Vegas, Amerika Syarikat selepas mengalami komplikasi akibat akibat kanser, semalam. 

Anderson yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun itu dimasukkan ke pusat perubataan berkenaan awal minggu ini bagi mendapatkan rawatan.

Ketika hayatnya, Anderson pernah memenangi tiga kali Anugerah Emmy selain pernah dicalonkan untuk tiga Anugerah Primetime Emmy bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam siri komedi dan memenangi satu untuk wataknya, Christine Baskets pada 2016 dalam siri FX.

Beliau turut memenangi dua Anugerah Daytime Emmy bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam program Life with Louie yang disiarkan di Fox pada 1997 dan 1998.

Pelakon yang berasal dari Saint Paul, Minnesota itu mula berkecimpung dalam bidang komedi sejak memenangi Pertandingan Komedi Midwest pada 1981.

Beliau turut berlakon bersama pelakon terkenal Eddie Murphy dalam filem Coming to America pada 1988.

Selain itu, beliau menjadi hos rancangan televisyen Family Feud dari 1999 sehingga 2002 dan membintangi beberapa filem komedi selama 20 tahun.

Anderson juga menulis beberapa buah buku termasuk Good-bye Jumbo ... Hello Cruel World yang ditujukan khas bagi mereka yang menghadapi masalah isu harga diri.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 1:19 PM