DATIN Almy Nadia
DATIN Almy Nadia
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur : "Maafkan mama wahai anak-anak."

Itu kata pelakon Datin Almy Nadia, 36, yang disahkan positif Covid-19, hari ini.

Almy berkata, turut dijangkiti virus itu adalah anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 5.

"Dua tahun tahun saya jaga prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, tapi akhirnya tumbang. Saya sudah mula sakit dari hari Jumaat minggu lalu lagi tapi buat kit ujian kendiri saliva tiga kali negatif. Pagi hari ini buat sekali lagi terus positif," katanya.

Almy berkata, tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain menangis.

"Tidak terkata saya selain menangis. Disebabkan saya juga anak-anak tidak dapat pergi sekolah hari ini. "Malam tadi anak sulung, Nana tiba-tiba batuk dan selsema, pagi ini buat kit ujian kendiri positif juga. Jadi, awal pagi tadi suami buat ujian pada semua anak. Alhamdulillah, mereka semua negatif," katanya.

Terdahulu, bulan lalu suami Almy yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz disahkan positif virus itu selepas enam hari menjadi kontak rapat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 6:15 PM