PELAKON Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia. FOTO Adi Safri
PELAKON Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia. FOTO Adi Safri
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Pelakon Almy Nadia bersimpati dengan pendatang baru Fara Mendoza yang didakwa sengaja mencetus provokasi bagi meraih publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan isu WeChat yang sudah lama selesai.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 29, secara sinis berkata, tindakan pelakon muda itu mengeluarkan kenyataan provokasi menyalahkannya jelas menunjukkan gadis terbabit terdesak meraih perhatian umum.

"Saya hanya mampu gelak dan bersimpati dengan dia. Nampak sangat dia terdesak meraih perhatian dan publisiti.

"Saya minta jasa baik penerbit berilah peluang dia berlakon. Kasihan dia tidak ada kerja dan buat begitu sebab mahu menang anugerah.

"Kalau tidak, sudah tentu dia kunci mulut sebab kes itu sudah lama selesai,” katanya.

Almy yang juga isteri kepada aktor Fizz Fairuz ini turut mencadangkan Fara tampil dengan bukti kukuh berserta laporan polis dan mendedahkannya kepada umum jika masih mahu melakukan provokasi.

Isu membabitkan Fara dan Fizz mencuri perhatian umum bulan lalu apabila pelakon baru itu mendakwa menerima mesej aplikasi WeChat berbaur seksual dan menggoda daripada pelakon terbabit.

Fara atau nama sebenarnya, Noor Faralina Md Yunus, 25, bertindak mendedahkan keratan gambar perbualan yang didakwa itu sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Biarpun Fizz menyangkal mengenali Fara, kes itu terus diperkatakan sehingga Almy terpanggil bersuara mempertahankan suaminya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 7:44 PM