ISSEY bersama bayinya.
ISSEY bersama bayinya.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 hari ini, pelakon dan penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi mereka.

Issey atau nama sebenar, Fazlisham Mat Hussin, 34, berkata, putera sulungnya itu selamat dilahirkan pada jam 1.48 petang, hari ini

"Kamu sudah merdeka daripada perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama. Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka," katanya.

Perkongsian Issey menerusi hantaran terbaharu di Instagram itu dihujani dengan ucapan tahniah dan bersyukur di atas nikmat yang diperolehi.

"Fuyoo bayi merdeka! Lain macam anak kau Issey. Tahniah," kata seorang pengikutnya.

"Tahniah. Alhamdulillah anak merdeka," kongsi seorang lagi pengikut.

Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.

Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 2:45 PM