Issey kini dirawat di pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Issey kini dirawat di pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara program Mentor Milenia Issey Fazlisham, 29, kini dirawat di pusat perubatan swasta, di sini, akibat jangkitan kuman dalam usus sejak Isnin lalu.

Issey berkata, dia mengalami gastrik berpanjangan sejak sebulan lalu sebelum membuat keputusan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital minggu lalu.

"Selepas menjalani ujian ultrasound dan endoskopi, mujurlah jangkitan itu tidak terlalu serius dan tidak memerlukan pembedahan.

"Selepas dijelaskan mengenai sakit ini, baru saya sedar bahaya gastrik boleh membawa kepada jangkitan sebegini," katanya yang kehilangan berat badan sebanyak enam kilogram.

Issey berkata, program Mentor Milenia yang tidak bersiaran Ahad ini bagi memberi ruang kepada Anugerah Juara Lagu 30 membolehkan dia berehat seketika.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 5:59 PM