PU Abu. FOTO Faiz Anuar
PU Abu. FOTO Faiz Anuar
Syafil Syazwan Jefri


PENCERAMAH bebas dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu, 25, menafikan dia menjadi punca bayi dalam kandungan bekas isterinya Ain 'Afini Latif tidak aktif akibat tekanan berhubung kes perceraian mereka, baru-baru ini.

Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi ketika ditemui berkata, apa yang berlaku terhadap Ain bukan disebabkan tekanan daripadanya atau dia ada 'membantai' Ain untuk naik ke mahkamah dan sebagainya, tapi kerana kecaman netizen.

"Itu (bayi tidak aktif) berita palsu. Saya terus menghantar mesej kepada Ain dan menurutnya, bayi tidak aktif bukan kerana saya, tapi kerana sebahagian kecaman netizen yang membuatkan dia tertekan," katanya.

Abu berkata, dia juga ada menerima kiriman mesej daripada bapa Ain memaklumkan mengenai keadaan terkini bekas isterinya itu.

“Dia memaklumkan Ain perlu berehat dan tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Bayi tak aktif (dalam kandungan) itu perkara biasa dan ia berlaku bukan saja kepada Ain, tetapi juga kepada kebanyakan yang bergelar ibu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Ain yang meluahkan rasa sedih selepas doktor memaklumkan bayi dalam kandungannya kurang aktif.

Proses perceraian mereka dikatakan menjadi punca Ain yang dijangka bersalin pada 10 Julai itu mengalami tekanan.

Pasangan itu bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 12:50 PM