NORMAH memohon maaf melalui satu rakaman video di laman Instagramnya atas kekhilafan tarian aksi lucah oleh 'maknyah' di majlis perkahwinan anaknya, Ahya. FOTO Arkib NSTP
NORMAH memohon maaf melalui satu rakaman video di laman Instagramnya atas kekhilafan tarian aksi lucah oleh 'maknyah' di majlis perkahwinan anaknya, Ahya. FOTO Arkib NSTP
Amirul Haswendy Ashari


SELEPAS dikecam ramai susulan menampilkan 'maknyah' menari aksi lucah ketika acara makan beradab majlis perkahwinan anaknya Sabtu lalu, pelakon veteran Normah Damanhuri tampil memohon maaf melalui satu rakaman video di laman Instagramnya, hari ini.

"Saya terlebih dulu memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan majlis perkahwinan anakanda, Ahya dan pasangannya.

"Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan 'paper doll' itu sepatutnya persembahan tarian tradisional, 'miming', lawak jenaka, gurau santai dengan tetamu dan ala Bollywood.

"Tapi tak sangka pula pakaian mereka keterlaluan untuk majlis perkahwinan," katanya.

Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati serta tidak mengulanginya, selepas ini.

Sabtu lalu, tular video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari aksi lucah membuat persembahan ketika acara makan beradab pada majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahya Rosli dan pasangan, Shahirah Sanusi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Video tular itu dipercayai dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM dalam kalangan pengikut laman sosial di ruangan Instastory miliknya.

Berita berkaitan

Normah enggan komen video aksi lucah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 8:14 PM