SOFIA Jane hebat di pentas lakonan.
SOFIA Jane hebat di pentas lakonan.
Cik Pang

Sukar menidakkan kehebatan aktres terkenal Datin Sofia Jane di pentas lakonan. Justeru, tidak hairanlah ramai yang menantikan kemunculan pelakon filem Perempuan, Isteri dan... ini di layar kaca dan perak.

Selepas filem Hanyut arahan U Wei Saari pada 2016, Sofia kembali dengan filem terbaru berjudul Orang Itu tahun ini. Filem arahan Low Ngai Yuen itu dihasilkan untuk mengumpul dana bagi tabung penyakit Hepatitis yang dianjurkan Persatuan Membasmikan Hepatitis (HFM) dan WOMEN: gIrls.

Menurut teman Cik Pang, dia berpeluang menonton lakonan hebat Sofia pada malam gala kempen Jade Ribbon di GSC Pavillion Kuala Lumpur pada 16 Oktober lalu. Bagai dijangka Sofia yang juga teraju utama menampilkan persembahan cemerlang dalam filem itu sekali gus mengubat rindu peminat. Filem Orang Itu turut dibintangi Carmen Soo, KK Wong, Sawyer Leong, Nam Ron, Redza Minhat dan ramai lagi.

Teman Cik Pang dimaklumkan penerbit, Sofia tidak hadir pada malam gala filem itu kerana berada di Melbourne, Australia.

Namun, kata teman Cik Pang, ramai peminat Sofia yang terkilan kerana filem itu tidak ditayangkan kepada umum.

Cik Pang percaya mungkin penerbit ada alasan tersendiri kenapa filem terbabit tidak ditayang.

Apapun, Cik Pang berharap semoga penerbit mempertimbangkan semula untuk menayangkan filem ini di pawagam tanah air nanti.

Pada pandangan Cik Pang memang rugi jika filem yang bagus seperti itu tidak ditayangkan kepada orang ramai.

(CROP PIX 28XXSOFIA)

End

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Oktober 2018 @ 10:00 AM