Clooney jadi bapa pada usia 56. FOTO CIAOPIX
Clooney jadi bapa pada usia 56. FOTO CIAOPIX
honey.com.au/Daily Mail

AKTOR George Clooney menjadi bapa buat kali pertama pada usia 56 mengakui kehidupan baru bersama anak kembar menyebabkannya menangis empat kali sehari.

George menimang cahayamata pada Jun lalu dianggap ‘godfather’ kepada 20 anak anak rakannya, berterus terang mengakui tidak dapat menikmati kehidupan biasa berikutan pertambahan dua ahli dalam keluarganya itu.

“Saya rasa saya lebih banyak menangis berbanding mereka,” katanya pada Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) di Kanada, baru baru ini.

“Saya menangis empat kali sehari ketika ini kerana saya terlalu letih,” katanya.

George pernah dianggap ‘bujang tumpuan’ di Hollywood, mendirikan rumah tangga dengan peguam hak kemanusiaan Amal di Venice, Itali pada September 2014.

Tiga tahun kemudian isterinya berusia 39 tahun itu melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan yang diberi nama Alexander dan Ella.

“Bayangkan, saya kini berusia 56 tahun dan tidak memikirkan ia berlaku kepada saya. Saya jangka kehidupan akan tertumpu kepada karier bukan hubungan seperti ini.

“Saya bertemu Amal dan kami menikmati hubungan yang hebat. Sekarang tiba tiba sahaja saya mendapat anak kembar membuatkan saya ketawa setiap hari.”

Dia tidak mahu anak anaknya lupa daratan terperangkap dalam status selebriti dan anugerah gelaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 5:23 PM