ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah hospital kanak-kanak di Nee Delhi. FOTO Bomba Delhi
ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah hospital kanak-kanak di Nee Delhi. FOTO Bomba Delhi
Reuters

New Delhi: Enam bayi baru lahir maut dalam kebakaran di hospital penjagaan bayi di ibu negara India, New Delhi, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Rakaman televisyen menunjukkan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran yang berlaku lewat malam Sabtu yang menyambar hospital di bahagian timur bandar itu.

Jabatan bomba memberitahu agensi berita ANI, enam lagi kanak-kanak diselamatkan dan dibawa ke hospital lain, dengan seorang daripadanya menggunakan ventilator.

Kebakaran berjaya dikawal.

Bagaimanapun, pemilik hospital berjaya melarikan diri, kata polis Delhi.

"Punca kejadian sedang disiasat dan sesiapa yang bertanggungjawab atas kecuaian ini tidak akan terlepas," kata Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal dalam satu catatan di platform X.

Kebakaran berlaku sehari selepas 27 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan di negeri barat Gujarat.

Media tempatan melaporkan bahawa dua ditahan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 2:26 PM