GAMBAR Putera George yang disiarkan keluarga diraja Britain sempena sambutan ulang tahun kelimanya. FOTO Reuters/Kensington Palace
GAMBAR Putera George yang disiarkan keluarga diraja Britain sempena sambutan ulang tahun kelimanya. FOTO Reuters/Kensington Palace
Daily Mail

FOTO Putera George tersenyum disiarkan keluarga Diraja Britain, semalam, sempena sambutan ulang tahun kelima cicit Ratu Elizabeth itu.

Foto George, anak sulung pasangan Diraja Putera William dan Kate itu dirakam di taman rumahnya di Clarence House, London selepas upacara menamakan adiknya, Putera Louis awal bulan ini.

George yang juga pewaris ketiga takhta Diraja Britain berusia genap lima tahun hari ini.

Akhbar The Daily Mail melaporkan, George akan menyambut ulang tahun di Pulau Mustique di Saint Vincent dan Grenadines bersama keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 9:23 AM