George Clooney nafi isteri hamil.
George Clooney nafi isteri hamil.
Agensi

 

Los Angeles: Aktor George Clooney, 60, dan isterinya Amal, 43, menegaskan khabar angin mereka bakal menimang cahaya mata ketiga adalah tidak benar.

Jurucakap rasmi pasangan itu tampil memberi pengesahan mengenainya selepas berita kehamilan itu tiba-tiba bertebaran.

"Segala cerita yang mengatakan Amal Clooney mengandung adalah tidak benar," demikian pengumuman itu.

Terdahulu, sebuah portal berita Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pasangan itu berkongsi mereka bakal menimang anak kepada keluarga serta rakan mereka.

"Mereka khabarnya akan menimang kembar. Amal dikatakan sudah melepasi peringkat awal kehamilan dan tak lama lagi kandungannya bakal kelihatan.

"George sangat teruja dan tidak sabar untuk menghebahkannya kepada orang ramai," demikian dakwaan terbabit.

Clooney dan Amal mendirikan rumah tangga pada 2014 di Venice, Itali. Tiga tahun kemudian, mereka menimang cahaya mata kembar, Alexander dan Ella yang kini berusia empat tahun.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 1:01 PM