PUTERA William hadir memberi sokongan gembira dengan kejayaan England mara ke suku akhir. FOTO Agensi
PUTERA William hadir memberi sokongan gembira dengan kejayaan England mara ke suku akhir. FOTO Agensi
Agensi

London: Kemenangan penuh bergaya England ke atas Jerman turut disaksikan oleh Putera William yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak di Stadium Wembley bersama-sama isterinya, Kate Middleton dan anaknya Prince George.

Biarpun tidak memakaikan baju England buat puteranya Prince George yang berusia tujuh tahun, George kelihatan kemas memakai jaket biru tua, kemeja dan tali leher rasmi FA dengan bakal raja itu bertepuk tangan meraikan kejayaan England.

Pasangan diraja itu menyertai David Beckham dan anaknya Romeo bersama-sama Ellie Goulding, Ed Sheeran dan isterinya Cherry.

George kelihatan gementar ketika duduk di antara ibu bapanya ketika lagu kebangsaan bagaimanapun segalanya berubah selepas perlawanan bermula.

George hadir ke stadium tanpa disertai oleh adik beradiknya yang lain Charlotte, 6, and Louis, 3.

England melakarkan kemenangan hasil jaringan Harry Kane dan Raheem Sterling.

William dilihat menumbuk ke udara selepas wisel penamat dibunyikan meraikan kejayaan penuh bermakna England.

Putera William memegang jawatan sebagai Presiden FA selama lebih 15 tahun dan kerap menghadiri final Piala FA.

Beliau turut berada di stadium memberi sokongan kepada England ketika negara itu menang 1-0 ke atas Republik Czech minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 9:42 AM