HILARY sedang bercuti dengan anaknya Luca sewaktu kejadian.
HILARY sedang bercuti dengan anaknya Luca sewaktu kejadian.
Georgie Joseph

Malang buat pelakon Hilary Duff, 29, apabila rumahnya dirompak selepas dia memuat naik foto bercuti bersama anak lelakinya di Kanada, baru-baru ini.

Jurucakap Hilary memaklumkan meskipun tiada yang cedera, kejadian yang berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat itu agak mengerikan.

“Hilary bersyukur ahli keluarga, kakitangan dan haiwan peliharaannya selamat dalam kejadian itu.

“Dia sudah meminta pihak keselamatan kediamannya memberikan kerjasama sepanjang siasatan berlangsung,” katanya.

Hilary mengalami kerugian besar apabila barang berharga miliknya dilarikan perompak.

Antaranya, barang kemas namun jumlah sebenar kerugian belum didedahkan pelakon terbabit.

Sewaktu kejadian, Hilary sedang menikmati masa kualiti bersama anaknya, Luca yang berusia lima tahun.

Dia turut memuat naik beberapa foto bersama anaknya itu di Instagram tanpa menyedari rumahnya dirompak tidak lama kemudian.

Dia menjadi mangsa terbaru sindiket rompakan membabitkan rumah selebriti. Terdahulu, Kendall Jenner kerugian hampir RM1 juta selepas rumahnya dirompak, Mac lalu.

Selain Kendall, antara artis yang turut menjadi mangsa ialah Alanis Morrisette, Cesar Millan dan Nicki Minaj.

Setakat ini, belum ada suspek diberkas. Namun, Hilary sudah mengerahkan pasukan keselamatannya bertindak secepat mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 4:50 AM