KYLIE mahu cantik seperti kakaknya yang lain.
KYLIE mahu cantik seperti kakaknya yang lain.
Susunan Georgie Joseph


Pada usia 17 tahun, adik perempuan Kim Kardashian iaitu Kylie Jenner melakar populariti tersendiri sehingga menjadi buruan lensa kamera. Seperti juga Kim dan kakaknya Kendall, kejelitaan bintang muda berkenaan turut menjadi perhatian.

Dikenali menerusi rancangan realiti popular Keeping Up with the Kardashians, sekarang ini nampaknya gerak-geri dan sisi kehidupan Kylie sendiri seiring naik dengan adik-beradiknya yang lain.

Terbaru, turut menjadi perdebatan dan teka-teki adalah payu daranya yang dikatakan sangat mengejutkan apabila saiznya berbeza berbanding sebelum ini. Lantas, ramai mengandaikan gadis muda itu melakukan pembedahan implan.

Sekali gus, penampilannya itu semakin hari semakin kelihatan seperti kakaknya sendiri, Kim.

Bagaimanapun, jika ikutkan umurnya, ramai mengatakan perubahan tubuh badan sebegitu adalah normal, beberapa pakar pembedahan plastik pula mempunyai penjelasan sendiri jika melihat perbezaan ketara itu.

“Jika melihat perbezaan antara gambar dulu dan sekarang ini, saya sangat yakin dia ada menjalani pembedahan implan. Badannya pun bukanlah besar mana untuk saiz sebegitu.

“Bukan juga disebabkan dia meletakkan pelapis coli kerana bentuknya takkan jadi besar sebegitu. Dia memang ada melakukan sesuatu pada payu daranya,” kata analisis doktor pakar, Steve Fallek kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Apapun, hakikatnya Kylie sendiri sudah membuat pembedahan bahagian badan yang lain sebanyak enam kali sebelum ini. Ia termasuklah kelopak mata, pipi, bibir dan lain-lain.

“Kalau dia lahir dalam keluarga normal dan bukannya orang kenamaan, rasanya pada usia sebegitu dia tidak mungkin tergamak buat pembedahan.

“Bagaimanapun, disebabkan persaingan yang wujud antara dia dan adik-beradiknya memungkinkan dia tercabar,” kata pakar lain pula iaitu Doktor Carole Lieberman.

Yang pasti, tindakan Kylie berkenaan tidak mungkin berlaku jika bukan kerana sokongan ahli keluarganya sendiri. Khabarnya, Kylie sudah berkali-kali merayu kepada ibunya, Kris Jenner sehingga dia sendiri mengalah dan memberi kebenaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:09 AM