Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Dulu jual orang, sekarang pulihkan orang. Itulah gambaran perjalanan hidup seorang lelaki yang sebelum ini bergelumang dengan pelbagai kegiatan jenayah terancang terutamanya memperdagangkan wanita untuk tujuan seks selain pengedaran dadah.

Namun, selepas hatinya diketuk cahaya iman, dia nekad meninggalkan segala perbuatan keji itu sebelum bergiat dalam bidang kaunseling dan pemulihan.

Hasil usahanya dibantu penceramah bebas yang juga Penasihat Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (SIDIM), Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi.

Gabungan mereka memulihkan seramai 3,800 remaja bermasalah sejak 2004 hingga kini.

Tambah membanggakan, 27 daripada remaja terbabit berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 7:27 AM