TERAPI rawatan ketagihan di RASA menggunakan kaedah menghafal al-Quran membabitkan latihan hampir 12 jam sehari selain hafalan di awal pagi.
TERAPI rawatan ketagihan di RASA menggunakan kaedah menghafal al-Quran membabitkan latihan hampir 12 jam sehari selain hafalan di awal pagi.
Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim

Bukit Beruntung: Dia bergelumang dengan dadah sejak berusia 15 tahun, tapi kini remaja ini bukan saja pulih daripada penagihan dadah, malah mampu menghafal 15 juzuk ayat suci al-Quran dalam tempoh hanya setahun.

Perubahan menakjubkan dalam hidup Aiman, 19, berkat mencuba perubatan Islam di Rumah Amal Sunnah Al-Quran (RASA) di sini, sejak lebih setahun lalu selepas kaedah pemulihan lain sebelum ini menemui jalan buntu.

“Saya dah try (cuba) pelbagai jenis ubat dan kaedah untuk mengubati ketagihan dadah tapi gagal. Namun, kaedah pemulihan ini (hafalan al-Quran) sememangnya berkesan,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.

Aiman mula mengambil dadah atas rasa ingin mencuba selepas dipujuk rakan sebaya ketika berumur 15 tahun hingga menjadi penagih tegar.

Dia dibantu keluarganya yang membelanjakan ribuan ringgit bagi mengubati ketagihannya, namun gagal.

Bagaimanapun, ketagihan itu mula pulih selepas dia mencuba kaedah rawatan yang disediakan di RASA.

Menceritakan kembali pengalaman dalam mengubati ketagihannya, Aiman berkata, mengubati ketagihan dadah adalah perkara sukar yang memerlukan kekuatan mental dan rohani.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:15 AM