Bercakap pasal komitmen, SS sangat kasihan kepada seorang artis yang sepatutnya bergerak sama dengan pasangannya menaikkan jenama mereka dalam industri, sebaliknya lain pula jadinya.

Apatah lagi, mereka pun baru mahu me­ngukuhkan nama dalam industri hiburan dan sikap komited sepenuhnya itu haruslah diberikan lebih tinggi lagi. Tambahan pula dalam pasaran yang cukup kurang memberangsangkan sekarang, usaha berterusan perlu ada.

Dengarnya, meskipun usaha itu sepatutnya perlu dibuat bersama-sama, namun pasangan artis berkenaan nampaknya seakan-akan lepas ta­ngan. Memanglah kalau ada apa-apa acara mereka akan kelihatan berdua tetapi hal dalaman siapa yang tahu.

Bahkan, bukan saja dia terpaksa mengemas kini perkembangan terbaru mereka berdua sendirian, kadang-kadang banyak juga hal lain terlepas kerana masalah komitmen pasangannya itu.

SS pun sebenarnya sudah dengar daripada beberapa sumber yang hal itu boleh dihidu setiap kali mewawancara mereka berdua. Ha­nya si artis berkenaan yang nampaknya bersungguh-sungguh mahu bercerita dan tahu serba serbi berbanding pasangannya.

Kerap juga SS sendiri tertanya-tanya bagaimana agaknya hubungan mereka apabila hanya si artis berkenaan yang sering me­nguar-uarkan aktiviti mereka mahupun kehidupan peribadinya sendiri. Yang seorang lagi, amat jarang dan SS sendiri kurang merasai kehadirannya.

SS cuma risau andai kata suatu hari nanti mereka terpaksa mengikut haluan sendiri kerana menurut pengamatan, sebenarnya apabila berdua mereka kelihatan sangat menjadi.

SS: Takkan setuju me­ngambil tugasan jika rasa tidak mampu kendalikan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:00 AM